Tag Archives: wajib

Khas untuk mak..

Kesibukan dengan urusan kerja yang datang bertalu – talu menyebabkan lama x update cerita… resepi apa pun kat sini. Maklumlah sejak sihat sikit ni, kembali lasak dengan kerja ofis yang kadang – kadang rasa x mampu nak buat. Kadang dengan bengkel bersama pegawai, lepas tu dengan program bersama pelajar pula, masuk pula program bersama alumni dan semua ni cik memang suka. Maklumlah program keusahawanan yang mana menjadi nadi hidup mahu melahirkan dan membantu seberapa banyak usahawan dan melihat mereka berjaya. Kata orang usaha untuk memupuk dan membentuk anak bangsa menjadi usahawan ni bukan kerja sehari sahaja.

Sekarang ni mak dah duduk dengan cik, maka hari2 sibuk dengan urusan mak. Perlu memastikan beliau ambil ubat mengikot masa dan sukatan, kemudian kene kawal pemakanan dan minuman nya juga (kadang bergaduh juga sbb dia nak juga minum or rasa yang manis2) dan memastikan pergi rawatan dialisis 3x seminggu. Bagi memudahkan urusan, cik minta adik naik teksi jek sebab x sempat nak rushing2 balik since mak dialisis pukul 4 petang kan. Alhamdulillah dan 2 bulan mak duduk sini, walaupun kadang kepenatan, namu rasa tenang sikit hati ni sbb mak depan mata. Seronok bila pegi kerja, dapat salam mak and  cium pipi mak macam masa dulu2 nak g sekolah. Syukur, kerana Allah pilih diri ini untuk menjaga mak di hari tuanya.

Hargai jasa ibu1902903_623197021106853_496652351_n

So aktiviti awal Ogos ni adalah pergi open house dan main masak – masak kat umah. Since mak nak sangat ikut pergi open house, cik bawak jek pegi umah kawan kat Seri Kembangan tu. Amboi!!! selera dia bukan main sebab mak kawan tu hebat memasak, ada kateringnya sendiri tapi cik lupa pula nama nya.. memang terbaik lah masakan beliau. Cik sendiri makan ulang 2 kali especially mee kari and laksa penang tu… awesome.

20150801_175805[1]

20150801_180330[1]

Selesai makan2, kita amik gambo sket sebelum balik, TERIMA KASIH tuan rumah, semoga dimurahkan rezeki in shaa Allah. Alhamdulillah rezeki makan sedap2 and mak pun happy dapat bersosial hehe… layankan jek…

Otw balik, borak dalam kereta cakap pasal nak masak esok (Ahad), mak pun apa lagi tanpa segan silu dia bagi menu yang dia nak itu dan ini. Pagi2 cik bangun siapkan sarapan untuk mak, masak jemput2 dan pancake jek lepas tu siap2 nak g beli ikan, sotong udang dan sayur yang dipesan tu. Balik terus lah bersilat bagai kat dapur sebab mak kata dia dah lapar, haissh la mak.. kalau bab makan dia lah no satu. So menu kami, kangkung goreng, sotong masak sambal, ikan bawal stim, paprik ayam dan udang lemon butter. Selera nya makan ala2 makan kat kedai seafood tau…cik paling suka udang goreng butter lemon tu sebab udang besar2… puas hati makan… heheh…

PhotoGrid_1438522472048[1]

Lepas makan2 cik sambung mengemas bilik pulak… semakin banyak brg dalam bilik kecil ku. Mak macam biasa lepas makan dia lepak.. guling2 penat katanya… hehe…  seronok dapat makan2 kat umah kalau lah arwah abah ada mesti seronok.

Sekian untuk awal ogos ni… sampai bertemu lagi…. hargai masa yang ada untuk bahagiakan bonda @ ayahanda masing – masing

Advertisements