Tag Archives: saya beli

KEK COKLAT MOIST SUPERB SEDAP

Tiba2 rasa mengidam nak makan kek coklat pula, macam nak diet laa kalau asyik makan begini. Sambil2 buat kerja fikiran melayang – layang nak buat kek coklat petang ni. Baking itu mudah, terserah pada kita nak buat macam mana. Kadang beli asyik komlen jek itu kurang lah… apa la.. JOM BUAT SENDIRI ….

Berikut adalah resepi mudah nak buat kek… in shaa Allah jadi andai ikot step by step …Selamat mencuba…

KEK COKLAT KUKUS

Bahan A
220 gm tepung gandum
1 s/k baking powder
1/2 s/k soda bikarbonat
50 gm serbuk koko
180 gm gula perang ~ manis yg ngam2, tak perlu kurangkan gula

Bahan B
2 biji telur ~ k.nor guna gred A
1 s/k esen vanila

Bahan C
200 ml susu cair atau susu segar
200 ml minyak mazola atau minyak sayuran biasa
200 mi air panas

Cara
1. Gaulkan semua bahan A dalam mangkuk supaya rata (ayak dulu kesemua bahan kecuali gula perang).
2. Pukul Bahan B dalam mangkuk berasingan. Masukkan dalam mangkuk bahan A. Kacau rata.
3. Masukkan Bahan C dalam adunan bahan A. Kacau rata.
4. Panaskan kukusan dan lapikkan kertas minyak dalam loyang 8 x 8 inci.
5. Masukkan adunan dalam loyang dan kukuskan selama 1 jam dgn api sederhana. Lapkan tudung kukusan sebelum tutup semula.
6. Bila telah masak buka tudung kukusan perlahan supaya air tidak menitik keatas kek.
7. Hiaskan dengan cream coklat.

* Bila guna bekas plastik kecik kukus kek selama 30 – 35 min atau sehingga masak dgn api sederhana supaya tidak naik membumbung atau supaya kek tu tak merekah.

** tutup bekas plastik dgn penutup bekas supaya air tidak menitik masuk ke dalam kek.

*** bila kek dah masak, bolehlah diteruskan dgn membuat ganache.

CHOCOLATE GANACHE

Bahan:
300 gm coklat masakan ~ dipotong kecil
1 sudu besar susu pekat
1/2 cawan susu cair
2 sudu besar butter
~ ~ ~

1/4 cawan air panas
Cara:
Panaskan susu cair dan susu pekat dgn kaedah double boiler.
Masukkan coklat masakan dan kacau hingga ianya cair.
Padamkan api dan masukkan butter. Kacau lg hingga cair.
Curahkan 1/2 dr ganache atas kek yg masih panas tadi hingga menutupi keseluruhan kek.
Biarkan lebih kurang 15 – 30 min supaya ganache tadi meresap ke dalam kek.
Panaskan kembali lebihan ganache td (kaedah double boiler) dan masukkan air panas.
Kacau sehingga sebati dan curahkan ke atas kek tadi.
Bila kek dan ganache dah sejuk, bolehlah dimasukkan ke dalam peti ais.
Boleh juga dinikmati ketika suam2 panas..
* mmg agak banyak ganache yg dihasilkan sbb nak kena siram 2x atas kek tu nanti utk menghasilkan kek yg super duper moist đŸ™‚
resepi topping lain:

pelbagai kaedah nk buat topping coklat….
pilih laaa…yg mana mau…

TOPPING~ Mai 1
1/2 cwn susu pekat
2 sdb serbuk koko
2 sdb mentega
-masukkan susu + serbuk koko dlm periuk(api kecil)
-kacau hngga pekat
-masukkan mentega -tutup api
-dah sejuk sikit tuangkan atas kek yg dah disejukkan juga

TOPPING~Mai 2
1/2 cwn susu pekat
1/2 cwn serbuk koko
1/4 cwn susu cair
2 sdb butter/majerin/mnyak masak
-masukkan dlm periuk
-masakkan atas api kecil hngga berkilat & pekat

TOPPING ~Mai 3
1/2 bar coklat masakan
2 sdb susu pekat
1 sudu mentega/majerin
1/3 cwn susu segar
-masakkan atas api guna kaedah DOUBLE BOILED
-klu nak pekat jgn buh susu segar
-dah sejuk baru di tuangkan pd kek yg dah sejuk

TOPPING ~Mai 4
1 bar coklat masakan
4 sudu susu pekat
5 sudu air panas
1 sudu majerin/butter
-masakkan atas api guna kaedah DOUBLE BOILED
-dah cair semua
-baru masukkan majerin/butter
-dah sejuk baru siramkan pd kek yg dah sejuk

TOPPING ~Mai 5
1/2 cwn serbuk koko
1 cwn susu pekat
2 sdb majerin/butter
-kacau atas api serbuk koko & susu pekat
-masukkan majerin/butter
-kacau hngga likat n pekat

TOPPING ~Mai 6
1/2 cwn susu pekat
1/2 cwn serbuk koko
2 sdb butter
– masakkan semua atas api kecil
– klu ter pekat boleh tambah sedikit
susu cair/segar
– kacau hngga likat n berkilat

TOPPING ~Mai 7
1/2 cwn serbuk koko
1 cwn susu pekat manis
2 sdb mnyak masak
-masakkan semua atas api slow
-kacau hngga likat berkilat
-masukkan 1 sdt esin vanila
-biarkan sejuk dulu,baru siram atas kek

TOPPING ~Mai 8
200 gm coklat masakan
1/4 cwn susu cair
-masakkan atas api guna kaedah DOUBLE BOILED
-kacau hgga pekat n berkilat..

sekadar berkongsi idea…

Dah siap kek, jom kita makan… kalau sedap bagi2 pada orang sebelah sama2 makan.