Tag Archives: mesti jadi

…Homemade Vanilla Cupcakes…

Aktiviti hujung minggu… duduk2 dikala badan rasa x sedap.. tekak mcm2 nak di makan nya..

Masuk dapur.. campak2… dapat lah ini…

image
#cerilicious cupcakes

image

…Homemade Vanilla Cupcakes…

Bahan bahan:
3/4 cawan  butter  – suhu bilik 
3 biji telur – suhu bilik 
2 1/2 cawan guna tepung gandum) 
1/2 sudu kecil garam 
1 3/4 cawan gula kaster (kurangkan sedikit) 
3 sudu kecil vanilla (boleh lebihkan) 
1 1/4 cawan susu @ guna buttermilk
2 1/2 sudu kecil baking powder 

Cara cara:

Panaskan oven pada suhu 170C. Satukan dan ayak bersama tepung, garam dan baking powder.

Putar butter dengan kelajuan tinggi selama 30 saat. Masukkan gula dan putar sebati. Masukkan telur sambil terus diputar.

Masukkan tepung dan susu secara berselang seli dengan kelajuan perlahan. Kacau sebati.

Tuangkan adunan ke dalam cawan kertas 2/3 penuh dan bakar selama 15-18 minit sehingga kekuningan atau sehingga masak.

Sejukkan dalam 15 minit sebelum dikeluarkan dari loyang. Bila telah sejuk sepenuhnya, bolehlah dihias dengan frosting.

Delicious Vanilla Frosting

Bahan bahan:

3/4 cawan butter – lembut

2 pounds powdered sugar (dalam 8 cawan)

1/3 cawan susu

2 sk vanilla

Cara cara:

Putar butter pada kelajuan sederhana sehingga ringan.

Masukkan gula ising dan putar lagi.

Masukkan 1/3 cawan sus dan vanilla. Masukkan baki gula selebihnya dan susu. Sedia untuk digunakan.

Advertisements