Tag Archives: lovely moment

Khas untuk mak..

Kesibukan dengan urusan kerja yang datang bertalu – talu menyebabkan lama x update cerita… resepi apa pun kat sini. Maklumlah sejak sihat sikit ni, kembali lasak dengan kerja ofis yang kadang – kadang rasa x mampu nak buat. Kadang dengan bengkel bersama pegawai, lepas tu dengan program bersama pelajar pula, masuk pula program bersama alumni dan semua ni cik memang suka. Maklumlah program keusahawanan yang mana menjadi nadi hidup mahu melahirkan dan membantu seberapa banyak usahawan dan melihat mereka berjaya. Kata orang usaha untuk memupuk dan membentuk anak bangsa menjadi usahawan ni bukan kerja sehari sahaja.

Sekarang ni mak dah duduk dengan cik, maka hari2 sibuk dengan urusan mak. Perlu memastikan beliau ambil ubat mengikot masa dan sukatan, kemudian kene kawal pemakanan dan minuman nya juga (kadang bergaduh juga sbb dia nak juga minum or rasa yang manis2) dan memastikan pergi rawatan dialisis 3x seminggu. Bagi memudahkan urusan, cik minta adik naik teksi jek sebab x sempat nak rushing2 balik since mak dialisis pukul 4 petang kan. Alhamdulillah dan 2 bulan mak duduk sini, walaupun kadang kepenatan, namu rasa tenang sikit hati ni sbb mak depan mata. Seronok bila pegi kerja, dapat salam mak and  cium pipi mak macam masa dulu2 nak g sekolah. Syukur, kerana Allah pilih diri ini untuk menjaga mak di hari tuanya.

Hargai jasa ibu1902903_623197021106853_496652351_n

So aktiviti awal Ogos ni adalah pergi open house dan main masak – masak kat umah. Since mak nak sangat ikut pergi open house, cik bawak jek pegi umah kawan kat Seri Kembangan tu. Amboi!!! selera dia bukan main sebab mak kawan tu hebat memasak, ada kateringnya sendiri tapi cik lupa pula nama nya.. memang terbaik lah masakan beliau. Cik sendiri makan ulang 2 kali especially mee kari and laksa penang tu… awesome.

20150801_175805[1]

20150801_180330[1]

Selesai makan2, kita amik gambo sket sebelum balik, TERIMA KASIH tuan rumah, semoga dimurahkan rezeki in shaa Allah. Alhamdulillah rezeki makan sedap2 and mak pun happy dapat bersosial hehe… layankan jek…

Otw balik, borak dalam kereta cakap pasal nak masak esok (Ahad), mak pun apa lagi tanpa segan silu dia bagi menu yang dia nak itu dan ini. Pagi2 cik bangun siapkan sarapan untuk mak, masak jemput2 dan pancake jek lepas tu siap2 nak g beli ikan, sotong udang dan sayur yang dipesan tu. Balik terus lah bersilat bagai kat dapur sebab mak kata dia dah lapar, haissh la mak.. kalau bab makan dia lah no satu. So menu kami, kangkung goreng, sotong masak sambal, ikan bawal stim, paprik ayam dan udang lemon butter. Selera nya makan ala2 makan kat kedai seafood tau…cik paling suka udang goreng butter lemon tu sebab udang besar2… puas hati makan… heheh…

PhotoGrid_1438522472048[1]

Lepas makan2 cik sambung mengemas bilik pulak… semakin banyak brg dalam bilik kecil ku. Mak macam biasa lepas makan dia lepak.. guling2 penat katanya… hehe…  seronok dapat makan2 kat umah kalau lah arwah abah ada mesti seronok.

Sekian untuk awal ogos ni… sampai bertemu lagi…. hargai masa yang ada untuk bahagiakan bonda @ ayahanda masing – masing

Picnic Time!!!!!

13 Oktober 2013, Ahad. Sekumpulan rakyat Malaysia ditemui telah berpicnic di tepi tasik sekitar Wicklow, Ireland. Perkara ini telah menggemparkan kawasan setempat kerana mereka dengan rakusnya duduk berkelah dalam sejuk di pagi hari…

Begitulah semangannya kami seramai 16 orang telah menempah van untuk memastikan perancangan kami berjalan lancar. Seawal jam 8 pagi kami telah berkumpul di lobi Regency Airport Hotel, Dublin. Setelah cukup semua orang kami bertolak ke Wicklow salah sebuah County di Ireland. Tujuan perjalanan hari ini mahu menjelajah Glendalough dan Bray. 

Bagi mereka yang gemarkan nature, sangat sesuai datang ke Glendalough kerana banyak aktiviti yang boleh dilakukan antaranya hiking, memancing, berkhemah dan berpicnic sambil menikmati kehijauan alam. Bagi yang suka hiking sememangnya boleh jadikan aktiviti mingguan seperti kita naik Bukit Broga kat Semenyih, Selangor.

Persiapan awal, kami telah sepakat untuk kumpulkan RM 5 untuk hidangan yang bakal disediakan oleh Cafe 4D’s. Kata sepakat pada hari Ahad akan menyediakan hidangan Bihun Goreng Singapore by Mama Ita, Muffin Pisang Cerilicious , Sandiwich Tuna and Eggs by Ritz Corner and delicious Hot Tea By Emi & Su Groups…

Perjalanan yang megambil masa lebih kurang 45 minit daripada Dublin 9 menyebabkan kami semua sudah lapar.. ditambah pula cuaca yang sejuk….. Sampai sahaja di lokasi yang dituju.. kami melihat sekeliling.. tiada kumpulan lain kecuali kami.. Maka mission mencari lokasi untuk menghamparkan tuala hotel sebagai tikar mengkuang bagi kami berkelah. Cuaca agak cantik cuma kesejukan yang melanda menyebabkan kami kurang menikmati kehijauan itu.

Picnic di Glendalough
Picnic di Glendalough

Gambar kami as One Big Happy Family in Dublin. Sepanjang 13 minggu berada di Ireland, mereka inilah yang menjadi abang, kakak, adik, kawan dan saudara yang selalu ada sebagai tempat mengadu.Kami mulakan dengan sesi sarapan. Selepas selesai… masing-masing memulakan penjelajahan masing-masing mengikut minat. Ada yang mulakan perjalanan hiking ke puncak bukit-  Ekhsan, ada yang memancing walaupun tiada hasil – en azman & partners(azan &shawn), ada yang bersiar-siar ambil angin (kak anie and family), ada yang jalan2 ambil gambar.. rasanya setiap setiap pokok nak di ambilnya.. ( kak ita,kak sue, kak emi,diniha,kak zue and me; cery)…

We are HERE!!!! Glendalough, Wicklow.
We are HERE!!!! Glendalough, Wicklow.
Favorite activity is jump2...
Favorite activity is jump2…
While walking around with the group of ladies who love taking pictures..
While walking around with the group of ladies who love taking pictures..
our fisherman en Azman
our fisherman en Azman
Ku merenung jauh ke hadapan.. moga mampu ku gapai kesemuanya
Ku merenung jauh ke hadapan.. moga mampu ku gapai kesemuanya

IMG_2087

Sisters: Kak Anie & Kak Ita
Sisters: Kak Anie & Kak Ita
Bergambar ngn model KIKO..
Bergambar ngn model KIKO..
gaya2 mcm nak memancing.
gaya2 mcm nak memancing.

IMG_2101 IMG_2102 IMG_2104 IMG_2106

 

Kami selesai menjelajah sebahagian sahaja.. andai diberi peluang ingin berkhemah di situ. Sangat menarik untuk di terokai kehebatan alam.

To be continue