Tag Archives: kementerian pendidikan malaysia

KEK COKLAT CHEESE KUKUS

Kesibukan bekerja merubah masa di dapur… sementara MC 3 hari dan dinasihatkan berehat dirumah… menghadap SLIP DISC  yang membataskan pergerakan.. sedihnya… diriku yang dulu aktif kene perlahan…

Sambil duduk2… teringin nak makan coklat kek… and cheese… terus dapat idea nak baking something… tgk2 bahan apa yang ada… maka taraaaaa…..

 

PhotoGrid_1424757422099[1] Sediakan bahan seperti di atas…. hee.. teruja nak siapakan kek ini…

Berikut adalah resepi dan teknik :

KEK COKLAT CHEESE KUKUS

 

BAHAN-BAHAN KEK COKLAT 

2 biji telur gred A
1 cawan gula kastor
1 sudu kecil esen vanilla
Secubit garam
1/2 cawan air panas
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan minyak jagung
1 cawan tepung gandum*
3 sudu besar serbuk koko*
1 sudu kecil soda bicarbonate*
1/2 sudu kecil baking powder*(*disatukan dan di ayak)

BAHAN-BAHAN LAPIS CHEESE

 250 gram krim cheese
60 gram gula kastor
1 biji telur gred A
1 sudu besar air
1 sudu besar tepung gandum

 

CARA – CARANYA :

  1. Panaskan kukusan.
  2. Lenser tin berukuran 8 inci x 8 inci x 3 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak. (Boleh guna Loyang bulat atau empat segi)
  3. Lenser juga kertas tadi.
  4. Ketepikan sementara

UNTUK KEK COKLAT :-

  1. Putar telur dan gula sehingga kembang dan pekat,
  2. Masukkan esen vanilla dan garam, putar rata.
  3. Tambah susu cair, minyak jagung dan air panas, putar sebati dengan kelajuan sederhana.
  4. Masukkan bahan2 yang diayak sedikit demi sedikit hingga habis, putra rata dan matikan mixer.
  5. Bagi kepada 2 bahagian sama banyak.
  6. Ketepikan.

UNTUK LAPISAN KEJU :-

  1. Putar krim cheese dan gula hingga sebati dan licin.
  2. Masukkan telur dan putar hingga kembang.
  3. Tambah tepung dan air, putar hingga semua sebati dan tidak berbintil2.

TEKNIK MENGUKUS KEK COKLAT KUKUS LAPIS CHEESE :-

  1. Tuang satu bahagian kek coklat.
  2. Ratakan dan tutup permukaan tin dengan aluminium foil.
  3. Kukus selama 20 minit, guna api sederhana. (masa bergantung kalau masih belum masak tambahkan sedikit masa)
  4. Kemudian tuang pula adunan krim cheese, ratakan dan sambung kukus 20 minit lagi. (masa bergantung kalau masih belum masak tambahkan sedikit masa)
  5. Tuang baki bahagian kek coklat ratakan dan sambung kukus selama 45 minit atau hingga masak (bila anda cucuk dengan lidi sate atau cake tester di bahagian tengah kek dan keluarnya bersih, tanda kek dah masak).
  6. Sejukkan kek sekejap, kemudian boleh keluarkan dari tin.
  7. Biar kek sejuk sepenuhnya atas jaringan dan boleh dipotong untuk dihidangkan…

SELAMAT MENCUBA.

BUSY TO EASY – CERILICIOUS CAKE HOUSE

PhotoGrid_1424831392524[1] Boleh merujuk kepada video serba ada yang saya buat untuk keterangan lanjut.

PART 1

PART 2

Advertisements

Penang 3D Museum

Here we go before check – in…. since still have time…. this is the 1st time Cik visit any 3D museum….and it remind me last 2 week cases in JB… hehe.. biarlah rahsia.. apa yg terjadi…

When arrive… we can take pic around… and it looks real…

image

image

image

image

Cik Cery

Precious memories during Europe Trip

Dikala kesibukan bekerja… dengan kelas yang penuh…. kursus sana sini, silih berganti…. kepenatan…. cik tiba2 teringat perjalanan Backpackers bersama kawan2 semasa berkursus di Ireland. Suatu pengalaman yang sangat berharga sebab cik merasa tidur di lantai seperti gelandangan rasanya… seramai 9 orang… kami relax jerk tido kat airport. Bila dikenang semula… tersenyum sendiri… Perjalanan bermula seawal pagi dari Dublin ke Barcelona… macam mimpi jerk.. nak pegi sana…. hey… bgn2…. kita nk g bercuti…… semangat betol… hehe….

Thumb up for Abe Ritz untuk perancangan trip ini... dengan Kak Amy....
Thumb up for Abe Ritz untuk perancangan trip ini… dengan Kak Amy….

Sambil2 tunggu kawan kat lobby Regency Hotel Dublin, dah menjadi kebiasaan buat Cik untuk berSelfie…. hobby la katakan…. posing sket…. senyum… snap…

Hobby berselfie memang sentiasa ada... hehe... selfie dulu....
Hobby berselfie memang sentiasa ada… hehe… selfie dulu….

as usual, kami hanya menggunakan public transport sepanjang di Ireland. tunggu bas kuning laaaa…

Bersama Ritz Travel ke Euro Tour
Bersama Ritz Travel ke Euro Tour

Kebiasaan dari Dublin 9 nak ke Aiport Dublin ambil masa dalam 30 min sahaja dgn tambang dalam 2.4 euro… dengan cuaca yg dah agak sejuk… bercuti ala2 backpackers menyebabkan rasa sejuk… kebetulan hujan… redha jerk aaaaa….. dah sampai airport… yeah2…… bercuti… seminggu jerk… jalan nk round2 dekat 5 lokasi… wow… besar cita2 kan… so check in pertama… mesti ambil gambar kan… hehe…..

Group Photo sebelum bermula perantauan....
Group Photo sebelum bermula perantauan….

Disebabkan kali pertama pikul beg, agak besar laaa… excited pun ada sbb selama kt Malaysia asyik usung beg tarik…. ke sana ke sini… mcm2 brg nak bawak.. so bila dh mcm ni… pandai jugak mengemas kan…

Ready to go..... see being a backpackers with my new bag
Ready to go….. see being a backpackers with my new bag

berkumpul di dalam airport dengan mereka…. mendengar taklimat ketua rombongan Abe Ritz…..diberikan segala keperluan… taklimat about our doc, procedure, bag size… blaa…blaaa..blaaa…

hye u.... sini2... senyum sikit.....
hye u…. sini2… senyum sikit…..
Check2 pasport ada.... slip penerbangan ada.....
Check2 pasport ada…. slip penerbangan ada…..
Kami bersedia untuk terbang.... check in kejap...
Kami bersedia untuk terbang…. check in kejap…

Masing2 dah semangat…. baru kat airport dah berkeping2 gambarkan… hehe…. selamat jerk dari kastam… posing lagi…. aktiviti wajib kami…. kiki….

Posing dulu selepas selesai check from kastam.... legaaaaaa
Posing dulu selepas selesai check from kastam…. legaaaaaa

Perjalanan trip ni… sgt beruntung kenal Abe Ritz…. banyak membantu dalam pelaksanaan percutian kami….. beliau pun kalau bab bergaya no satu… banyak posingnya….

Nampak x gaya Ketua Rombongan kami.... menunggu anak2 buah...
Nampak x gaya Ketua Rombongan kami…. menunggu anak2 buah…

Masuk2 jerk…. nampak pharmacy Booth… dah cm tempat wajib lawat or pegi… hehe… suka beli brg2 kat sini…. semua ada… siap duit jerk laa.. huaaaa…..

This is my fav phrmacy tau.... siap buat member card... best sgt...
This is my fav phrmacy tau…. siap buat member card… best sgt…

Penerbangan yang bakal di naiki sebentar lagi…. huhu…. semua flight naik Ryan Air… sebab penerbangan ni yang paling murah… and sesuai dengan budget kami… pada pendapat cik… OK!!!!! sebab selesa jerk.. cuma dia org ni strict la…. utk saiz beg.. lepas tu berat beg… kene jaga… suma layan diri….

Bakal ku terbang sebentar lagi...
Bakal ku terbang sebentar lagi…
Kebanyakan penerbangan tambang murah di monopoli oleh Ryan Air ala2 Air Asia jerk....
Kebanyakan penerbangan tambang murah di monopoli oleh Ryan Air ala2 Air Asia jerk….

Ready…. beratur2…. nak naik ni…. mcm naik bas… kat luar tu dah lew hujan…. hehe…. 20131102_152029 Semasa dalam flight…. memang jelas mereka berjimat… tiada ruangan letak barang… lepas tu… panduan keselamatan terus lekat kt kerusi… x kn hilang laaa.a…..

Tengok2... keselamatan kene jaga... tau... tau...
Tengok2… keselamatan kene jaga… tau… tau…

SELAMAT JALAN….. tinggalkan kg Halaman sebentar…. konon2 mcm org Dublin laa… hehe….. kelihatan kehijauan di sekitar Dublin…

Selamat tinggal kg halamanku... Dublin... ehhehe... nak pi bercuti kejap...
Selamat tinggal kg halamanku… Dublin… ehhehe… nak pi bercuti kejap…

To be continue……