Tag Archives: dessert

…Homemade Vanilla Cupcakes…

Aktiviti hujung minggu… duduk2 dikala badan rasa x sedap.. tekak mcm2 nak di makan nya..

Masuk dapur.. campak2… dapat lah ini…

image
#cerilicious cupcakes

image

…Homemade Vanilla Cupcakes…

Bahan bahan:
3/4 cawan  butter  – suhu bilik 
3 biji telur – suhu bilik 
2 1/2 cawan guna tepung gandum) 
1/2 sudu kecil garam 
1 3/4 cawan gula kaster (kurangkan sedikit) 
3 sudu kecil vanilla (boleh lebihkan) 
1 1/4 cawan susu @ guna buttermilk
2 1/2 sudu kecil baking powder 

Cara cara:

Panaskan oven pada suhu 170C. Satukan dan ayak bersama tepung, garam dan baking powder.

Putar butter dengan kelajuan tinggi selama 30 saat. Masukkan gula dan putar sebati. Masukkan telur sambil terus diputar.

Masukkan tepung dan susu secara berselang seli dengan kelajuan perlahan. Kacau sebati.

Tuangkan adunan ke dalam cawan kertas 2/3 penuh dan bakar selama 15-18 minit sehingga kekuningan atau sehingga masak.

Sejukkan dalam 15 minit sebelum dikeluarkan dari loyang. Bila telah sejuk sepenuhnya, bolehlah dihias dengan frosting.

Delicious Vanilla Frosting

Bahan bahan:

3/4 cawan butter – lembut

2 pounds powdered sugar (dalam 8 cawan)

1/3 cawan susu

2 sk vanilla

Cara cara:

Putar butter pada kelajuan sederhana sehingga ringan.

Masukkan gula ising dan putar lagi.

Masukkan 1/3 cawan sus dan vanilla. Masukkan baki gula selebihnya dan susu. Sedia untuk digunakan.

Advertisements

RESEPI SOFT COOKIES

Soft cookies subway

Bahan – bahan :

250 gm butter (disejukkan)
½ cawan gula perang
½ cawan gula castor
1 biji telur
1 sk esen vanila
1 sk soda bicarbonat
2 ½ cawan tepung gandum
½ cawan cip coklat
½ cawan walnut (dicincang)

Cara – cara :

Pukul butter bersama – sama gula castor & gula perang.
Tambahkan telur.
Masukkan esen vanila.
Ayak tepung bersama-sama soda bikarbonat dan ditambahkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan.
Tambahkan cip coklat & walnut yang telah dicincang.
Sudukan di atas dulang.
Bakar pada suhu 180°C selama 20 minit.

Selamat Mencuba!

BLUEBERRY CHEESE TART

Semalam buat Kek Coklat Cheese Kukus sebab teringin sangat …. sambil mengisi masa lapang orang sakit katanya.. dah sorang kat umah ini laaa keje nya… masak dan makan… bulat laaa hehee… I love baking… kalau beli asyik complain itu x ckp… ini  x cukup… haaaaa buat sendiri…

BLUEBERRY CHEESE TART

BY CERILICIOUS CAKE HOUSE

BAHAN – BAHANNYA ACUAN TART:

 

170 gm marjerin atau butter

50gm gula aising

1 biji telur Gred C

290 gm tepung gandum

1 sudu kecil esen vanilla

acuan tart

TEKNIK PEMBUATAN ACUAN TART:

  1. Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu atau spatula. Jangan putar lama sangat.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
  4. Uli hingga menjadi doh yang lembut.
  5. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
  6. Untuk mendapatkan doh yang baik masukkan doh dalam plastik bag dan simpan dalam peti ais semalaman.
 KEMUDIAN …………
  1. Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat.
  2. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.
  3. Bakar pada suhu 170 C selama 20 – 25 minit atau sehingga masak.

****  Crust atau shell ni kita boleh sediakan awal. Simpan dalam bekas kedap udara dan ia tahan lama. Tunggu Crust atau shell benar2 sejuk sebelum kita letakkan filling dan cheese.

Nota : Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.

 KEMUDIAN …………

Sediakan filling yg kita suka. Biasa kita boleh gunakan blueberry, strawberry, coklat, kiwi, oren atau jam nenas tuk buat filling cheese tart ni.

Bahan – bahan untuk filing ni boleh kita dapatkan dari kedai yang menjual bahan untuk buat kuih dan kek.

Kalau rajin boleh juga di buat sendiri.

Masukkan filling tu dalam piping bag utk memudahkan proses kita meletakkan ia dalam shell tadi.

Lebih banyak filling kita letak bertambah sedap lah Cheese tat kita.

Bila dah siap, ketepikan dan kita sediakan pula bahan untuk membuat cheese dia pula.

 PhotoGrid_1424759434866[1]

 BAHAN – BAHAN MEMBUAT ADUNAN CHEESE

 

250gm cream cheese

50gm gula kastor / gula halus

1 biji telur Saiz B

½ sudu teh esen vanilla / esen

TEKNIK MEMBUAT ADUNAN CHEESE
  1. Keluarkan cream cheese 20 ~ 30 minit sebelum digunakan. JANGAN biarkan cream cheese mencapai ke suhu bilik.
  2. Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
  3. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.

 

KEMUDIAN …..
  1. Masukkan filling ke dalam kulit tat.
  2.  Masukkan dalam piping bag dan picitkan di atas filing dalam shell tadi.
  3. Letak penuh supaya ia cantik membuncit.
untuk deco di atas…..
  1. Kemudian boleh  mulakan proses untuk melorek atas cheese tat tadi.(deco – deco)
  2.  Ambil sedikit cream cheese tadi dan titikkan sedikit pewarna yang kita suka.
  3. Kacau rata sehingga warna bergaul sempurna.
  4. Proses untuk melorek dilakukan ketika cheese tadi masih lembut.
  5. Jangan biarkan cheese terlalu lama nanti dia dah mula mengering dan proses melorek tidah secantik yg kita inginkan.
  6. Dengan menggunakan pencungkil gigi, buat garis kecil2 di bahagian tepi.
  7. Bilangan garis2 kecil tersebut mengikut citarasa sendiri lebih banyak lebih cantik!
  8. Kemudian dengan menggunakan bahagian yang tajam, tarik daripada atas ke bawah dalam bentuk bulatan untuk mendapatkan bentuk tersebut.

20150225_173243[1]

KEMUDIAN….
  1. Bakar selama 5 minit pada suhu 170 C.
  2. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak.
  3. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.

TIPS:

  1. Bakar api atas bawah tapi letak dekat rak bawah.
  2. Untuk resepi ni, 1 adunan shell dapat buat dalam 40 biji bagi saiz sedang , bilangan shell bergantung kepada besar acuan dan ketebalan shell. KALAU guna yang kecil boleh dapat dalam 70 biji.
  3. Bagi adunan cheese pula dapat dalam 70 – 80 shell. – saiz kecil.
  4. Cheese tart yang telah siap di simpan dalam bekas kedap udara dan letakkan dalam peti ais untuk ketahanan yg lebih lama…

PhotoGrid_1424859206167[1]

SELAMAT MENCUBA.

BUSY TO EASY – CERILICIOUS CAKE HOUSE

Boleh merujuk kepada video serba ada yang saya buat untuk keterangan lanjut.