Tag Archives: breakfast;food;muar;johor;satay;makan

BLUEBERRY CHEESE TART

Semalam buat Kek Coklat Cheese Kukus sebab teringin sangat …. sambil mengisi masa lapang orang sakit katanya.. dah sorang kat umah ini laaa keje nya… masak dan makan… bulat laaa hehee… I love baking… kalau beli asyik complain itu x ckp… ini  x cukup… haaaaa buat sendiri…

BLUEBERRY CHEESE TART

BY CERILICIOUS CAKE HOUSE

BAHAN – BAHANNYA ACUAN TART:

 

170 gm marjerin atau butter

50gm gula aising

1 biji telur Gred C

290 gm tepung gandum

1 sudu kecil esen vanilla

acuan tart

TEKNIK PEMBUATAN ACUAN TART:

  1. Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu atau spatula. Jangan putar lama sangat.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
  4. Uli hingga menjadi doh yang lembut.
  5. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
  6. Untuk mendapatkan doh yang baik masukkan doh dalam plastik bag dan simpan dalam peti ais semalaman.
 KEMUDIAN …………
  1. Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat.
  2. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.
  3. Bakar pada suhu 170 C selama 20 – 25 minit atau sehingga masak.

****  Crust atau shell ni kita boleh sediakan awal. Simpan dalam bekas kedap udara dan ia tahan lama. Tunggu Crust atau shell benar2 sejuk sebelum kita letakkan filling dan cheese.

Nota : Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.

 KEMUDIAN …………

Sediakan filling yg kita suka. Biasa kita boleh gunakan blueberry, strawberry, coklat, kiwi, oren atau jam nenas tuk buat filling cheese tart ni.

Bahan – bahan untuk filing ni boleh kita dapatkan dari kedai yang menjual bahan untuk buat kuih dan kek.

Kalau rajin boleh juga di buat sendiri.

Masukkan filling tu dalam piping bag utk memudahkan proses kita meletakkan ia dalam shell tadi.

Lebih banyak filling kita letak bertambah sedap lah Cheese tat kita.

Bila dah siap, ketepikan dan kita sediakan pula bahan untuk membuat cheese dia pula.

 PhotoGrid_1424759434866[1]

 BAHAN – BAHAN MEMBUAT ADUNAN CHEESE

 

250gm cream cheese

50gm gula kastor / gula halus

1 biji telur Saiz B

½ sudu teh esen vanilla / esen

TEKNIK MEMBUAT ADUNAN CHEESE
  1. Keluarkan cream cheese 20 ~ 30 minit sebelum digunakan. JANGAN biarkan cream cheese mencapai ke suhu bilik.
  2. Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
  3. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.

 

KEMUDIAN …..
  1. Masukkan filling ke dalam kulit tat.
  2.  Masukkan dalam piping bag dan picitkan di atas filing dalam shell tadi.
  3. Letak penuh supaya ia cantik membuncit.
untuk deco di atas…..
  1. Kemudian boleh  mulakan proses untuk melorek atas cheese tat tadi.(deco – deco)
  2.  Ambil sedikit cream cheese tadi dan titikkan sedikit pewarna yang kita suka.
  3. Kacau rata sehingga warna bergaul sempurna.
  4. Proses untuk melorek dilakukan ketika cheese tadi masih lembut.
  5. Jangan biarkan cheese terlalu lama nanti dia dah mula mengering dan proses melorek tidah secantik yg kita inginkan.
  6. Dengan menggunakan pencungkil gigi, buat garis kecil2 di bahagian tepi.
  7. Bilangan garis2 kecil tersebut mengikut citarasa sendiri lebih banyak lebih cantik!
  8. Kemudian dengan menggunakan bahagian yang tajam, tarik daripada atas ke bawah dalam bentuk bulatan untuk mendapatkan bentuk tersebut.

20150225_173243[1]

KEMUDIAN….
  1. Bakar selama 5 minit pada suhu 170 C.
  2. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak.
  3. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.

TIPS:

  1. Bakar api atas bawah tapi letak dekat rak bawah.
  2. Untuk resepi ni, 1 adunan shell dapat buat dalam 40 biji bagi saiz sedang , bilangan shell bergantung kepada besar acuan dan ketebalan shell. KALAU guna yang kecil boleh dapat dalam 70 biji.
  3. Bagi adunan cheese pula dapat dalam 70 – 80 shell. – saiz kecil.
  4. Cheese tart yang telah siap di simpan dalam bekas kedap udara dan letakkan dalam peti ais untuk ketahanan yg lebih lama…

PhotoGrid_1424859206167[1]

SELAMAT MENCUBA.

BUSY TO EASY – CERILICIOUS CAKE HOUSE

Boleh merujuk kepada video serba ada yang saya buat untuk keterangan lanjut.

 

 

KEK COKLAT CHEESE KUKUS

Kesibukan bekerja merubah masa di dapur… sementara MC 3 hari dan dinasihatkan berehat dirumah… menghadap SLIP DISC  yang membataskan pergerakan.. sedihnya… diriku yang dulu aktif kene perlahan…

Sambil duduk2… teringin nak makan coklat kek… and cheese… terus dapat idea nak baking something… tgk2 bahan apa yang ada… maka taraaaaa…..

 

PhotoGrid_1424757422099[1] Sediakan bahan seperti di atas…. hee.. teruja nak siapakan kek ini…

Berikut adalah resepi dan teknik :

KEK COKLAT CHEESE KUKUS

 

BAHAN-BAHAN KEK COKLAT 

2 biji telur gred A
1 cawan gula kastor
1 sudu kecil esen vanilla
Secubit garam
1/2 cawan air panas
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan minyak jagung
1 cawan tepung gandum*
3 sudu besar serbuk koko*
1 sudu kecil soda bicarbonate*
1/2 sudu kecil baking powder*(*disatukan dan di ayak)

BAHAN-BAHAN LAPIS CHEESE

 250 gram krim cheese
60 gram gula kastor
1 biji telur gred A
1 sudu besar air
1 sudu besar tepung gandum

 

CARA – CARANYA :

  1. Panaskan kukusan.
  2. Lenser tin berukuran 8 inci x 8 inci x 3 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak. (Boleh guna Loyang bulat atau empat segi)
  3. Lenser juga kertas tadi.
  4. Ketepikan sementara

UNTUK KEK COKLAT :-

  1. Putar telur dan gula sehingga kembang dan pekat,
  2. Masukkan esen vanilla dan garam, putar rata.
  3. Tambah susu cair, minyak jagung dan air panas, putar sebati dengan kelajuan sederhana.
  4. Masukkan bahan2 yang diayak sedikit demi sedikit hingga habis, putra rata dan matikan mixer.
  5. Bagi kepada 2 bahagian sama banyak.
  6. Ketepikan.

UNTUK LAPISAN KEJU :-

  1. Putar krim cheese dan gula hingga sebati dan licin.
  2. Masukkan telur dan putar hingga kembang.
  3. Tambah tepung dan air, putar hingga semua sebati dan tidak berbintil2.

TEKNIK MENGUKUS KEK COKLAT KUKUS LAPIS CHEESE :-

  1. Tuang satu bahagian kek coklat.
  2. Ratakan dan tutup permukaan tin dengan aluminium foil.
  3. Kukus selama 20 minit, guna api sederhana. (masa bergantung kalau masih belum masak tambahkan sedikit masa)
  4. Kemudian tuang pula adunan krim cheese, ratakan dan sambung kukus 20 minit lagi. (masa bergantung kalau masih belum masak tambahkan sedikit masa)
  5. Tuang baki bahagian kek coklat ratakan dan sambung kukus selama 45 minit atau hingga masak (bila anda cucuk dengan lidi sate atau cake tester di bahagian tengah kek dan keluarnya bersih, tanda kek dah masak).
  6. Sejukkan kek sekejap, kemudian boleh keluarkan dari tin.
  7. Biar kek sejuk sepenuhnya atas jaringan dan boleh dipotong untuk dihidangkan…

SELAMAT MENCUBA.

BUSY TO EASY – CERILICIOUS CAKE HOUSE

PhotoGrid_1424831392524[1] Boleh merujuk kepada video serba ada yang saya buat untuk keterangan lanjut.

PART 1

PART 2

Keusahawanan hidupku…. dulu kini dan selamanya…!!!

Assalamualaikum,

Kebelakangan ini, cik sibuk dengan kerja.. maklumlah berada kat tempat baru… ambil masa sikit nak kenal.. and faham kerja kita… Apa pun as 1st event kt luar ada lah Konvokesyen Komemoratif 2014 di mana sambutan besar – besaran bagi memeriahkan suasana… pasukan E-tech Centre kolej telah di jemput untuk memenuhi ruang niaga… Hampir 50 gerai kesemuanya… selama 4 hari berkampung di MAEPS, Serdang. Meriah… penat.. semua ada.. namun berbaloi… tahniah kepada semua sahabat2 yang terlibat… Bangga dengan semua…

DSC_0516
Pusat Pembangunan Perniagaan Arau
DSC_0483
Yee Mee homemade by KK Arau

Produk ni daripada KK Arau. Mereka mengeluarkan produk Yee Mee ini sendiri, halal dan produk buatan muslim.. Boleh hubungi KK Arau jika berminat… So perniagaan mereka masyuk sempena konvo ni sebab semua org serbu booth mereka nak dapat kan Mee Sizling or they call it Hot Plate Yee Mee…. superb sedap tau…

DSC_0519                             DSC_0515

4
Sos Serbaguna From KK Sabak Bernam

Review utk produk yang khas daripada KK Sabak Bernam ni.. memang hangat di pasaran… habis semua stok x sempat cik nak borong… Alhamdulillah kan.. so buat cecah2 sambil makan kopok ke… menarik produk inovasi ni.. so kepada sesiapa yang berminat bleh jerk hubungi KK Sabak Bernam… cari pegawai Keusahawanan mereka… Semoga terus maju jaya…

8
Team daripada Borneo

Kemeriahan turut disertai oleh pasukan daripada Borneo iaitu Sabah dan Sarawak di mana mereka membawa produk2 unik daripada sana.. seperti rumpai laut, kek lapis sarawak dan barang-barang kebudayaan lain..
DSC_0544 (2) DSC_0586 DSC_0594 DSC_0631 DSC_0646 DSC_0659 DSC_0670 DSC_0675 DSC_0686 DSC_0701 DSC_0702 DSC_0717 DSC_0725 DSC_0764

Selain kemeriahan konvo… turut dimeriahkan dengan pencapaian daripada Team Stompers yg berjaya berhimpun and dapat Malaysian Book of Records… Tahniah sangat… bangga coz a part of it.. walaupun hanya sipi2 jerk.. hehe…

DSC_0339 DSC_0340 DSC_0350 DSC_0366 DSC_0369 DSC_0370 DSC_0379 DSC_0408 DSC_0423 DSC_0435

Muar Famous Breakfast

Such a great place and awesome menu. We can get stay for breakfast… love it.. taste it..

image

Chicken satay + beef satay + perut = awesome…. hehe… enjoy eating.. forget about diet…

image

This is nasi lemak ayam goreng.. delicious… for Jannah and Rizky.. the kids enjoy eating the fried chicken…

image

image

Superlicious lontong for me and Kakak…. (Kak Ina)..

image

Since… everyone starving.. let us eat now… delicious.. eating and enjoying our time… with such a great scenary… muar river…

image

Masjid Biru Muar…… tenang rasa tgk dari jauh…

image

Ini jambatan muar… menuju ke Tanjung Agas

image

Hangout with them…. sempoi..

image

Me with Kak Zarina.. thx for the breakfast… kenyang… Alhamdulillah..

image

As usual.. selfie dah menjadi satu kemestian buat diri…