Tag Archives: baking lover

RESEPI SOFT COOKIES

Soft cookies subway

Bahan – bahan :

250 gm butter (disejukkan)
½ cawan gula perang
½ cawan gula castor
1 biji telur
1 sk esen vanila
1 sk soda bicarbonat
2 ½ cawan tepung gandum
½ cawan cip coklat
½ cawan walnut (dicincang)

Cara – cara :

Pukul butter bersama – sama gula castor & gula perang.
Tambahkan telur.
Masukkan esen vanila.
Ayak tepung bersama-sama soda bikarbonat dan ditambahkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan.
Tambahkan cip coklat & walnut yang telah dicincang.
Sudukan di atas dulang.
Bakar pada suhu 180°C selama 20 minit.

Selamat Mencuba!

Advertisements

KEK COKLAT CHEESE KUKUS

Kesibukan bekerja merubah masa di dapur… sementara MC 3 hari dan dinasihatkan berehat dirumah… menghadap SLIP DISC  yang membataskan pergerakan.. sedihnya… diriku yang dulu aktif kene perlahan…

Sambil duduk2… teringin nak makan coklat kek… and cheese… terus dapat idea nak baking something… tgk2 bahan apa yang ada… maka taraaaaa…..

 

PhotoGrid_1424757422099[1] Sediakan bahan seperti di atas…. hee.. teruja nak siapakan kek ini…

Berikut adalah resepi dan teknik :

KEK COKLAT CHEESE KUKUS

 

BAHAN-BAHAN KEK COKLAT 

2 biji telur gred A
1 cawan gula kastor
1 sudu kecil esen vanilla
Secubit garam
1/2 cawan air panas
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan minyak jagung
1 cawan tepung gandum*
3 sudu besar serbuk koko*
1 sudu kecil soda bicarbonate*
1/2 sudu kecil baking powder*(*disatukan dan di ayak)

BAHAN-BAHAN LAPIS CHEESE

 250 gram krim cheese
60 gram gula kastor
1 biji telur gred A
1 sudu besar air
1 sudu besar tepung gandum

 

CARA – CARANYA :

  1. Panaskan kukusan.
  2. Lenser tin berukuran 8 inci x 8 inci x 3 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak. (Boleh guna Loyang bulat atau empat segi)
  3. Lenser juga kertas tadi.
  4. Ketepikan sementara

UNTUK KEK COKLAT :-

  1. Putar telur dan gula sehingga kembang dan pekat,
  2. Masukkan esen vanilla dan garam, putar rata.
  3. Tambah susu cair, minyak jagung dan air panas, putar sebati dengan kelajuan sederhana.
  4. Masukkan bahan2 yang diayak sedikit demi sedikit hingga habis, putra rata dan matikan mixer.
  5. Bagi kepada 2 bahagian sama banyak.
  6. Ketepikan.

UNTUK LAPISAN KEJU :-

  1. Putar krim cheese dan gula hingga sebati dan licin.
  2. Masukkan telur dan putar hingga kembang.
  3. Tambah tepung dan air, putar hingga semua sebati dan tidak berbintil2.

TEKNIK MENGUKUS KEK COKLAT KUKUS LAPIS CHEESE :-

  1. Tuang satu bahagian kek coklat.
  2. Ratakan dan tutup permukaan tin dengan aluminium foil.
  3. Kukus selama 20 minit, guna api sederhana. (masa bergantung kalau masih belum masak tambahkan sedikit masa)
  4. Kemudian tuang pula adunan krim cheese, ratakan dan sambung kukus 20 minit lagi. (masa bergantung kalau masih belum masak tambahkan sedikit masa)
  5. Tuang baki bahagian kek coklat ratakan dan sambung kukus selama 45 minit atau hingga masak (bila anda cucuk dengan lidi sate atau cake tester di bahagian tengah kek dan keluarnya bersih, tanda kek dah masak).
  6. Sejukkan kek sekejap, kemudian boleh keluarkan dari tin.
  7. Biar kek sejuk sepenuhnya atas jaringan dan boleh dipotong untuk dihidangkan…

SELAMAT MENCUBA.

BUSY TO EASY – CERILICIOUS CAKE HOUSE

PhotoGrid_1424831392524[1] Boleh merujuk kepada video serba ada yang saya buat untuk keterangan lanjut.

PART 1

PART 2