Tag Archives: Allah

Khas untuk mak..

Kesibukan dengan urusan kerja yang datang bertalu – talu menyebabkan lama x update cerita… resepi apa pun kat sini. Maklumlah sejak sihat sikit ni, kembali lasak dengan kerja ofis yang kadang – kadang rasa x mampu nak buat. Kadang dengan bengkel bersama pegawai, lepas tu dengan program bersama pelajar pula, masuk pula program bersama alumni dan semua ni cik memang suka. Maklumlah program keusahawanan yang mana menjadi nadi hidup mahu melahirkan dan membantu seberapa banyak usahawan dan melihat mereka berjaya. Kata orang usaha untuk memupuk dan membentuk anak bangsa menjadi usahawan ni bukan kerja sehari sahaja.

Sekarang ni mak dah duduk dengan cik, maka hari2 sibuk dengan urusan mak. Perlu memastikan beliau ambil ubat mengikot masa dan sukatan, kemudian kene kawal pemakanan dan minuman nya juga (kadang bergaduh juga sbb dia nak juga minum or rasa yang manis2) dan memastikan pergi rawatan dialisis 3x seminggu. Bagi memudahkan urusan, cik minta adik naik teksi jek sebab x sempat nak rushing2 balik since mak dialisis pukul 4 petang kan. Alhamdulillah dan 2 bulan mak duduk sini, walaupun kadang kepenatan, namu rasa tenang sikit hati ni sbb mak depan mata. Seronok bila pegi kerja, dapat salam mak and  cium pipi mak macam masa dulu2 nak g sekolah. Syukur, kerana Allah pilih diri ini untuk menjaga mak di hari tuanya.

Hargai jasa ibu1902903_623197021106853_496652351_n

So aktiviti awal Ogos ni adalah pergi open house dan main masak – masak kat umah. Since mak nak sangat ikut pergi open house, cik bawak jek pegi umah kawan kat Seri Kembangan tu. Amboi!!! selera dia bukan main sebab mak kawan tu hebat memasak, ada kateringnya sendiri tapi cik lupa pula nama nya.. memang terbaik lah masakan beliau. Cik sendiri makan ulang 2 kali especially mee kari and laksa penang tu… awesome.

20150801_175805[1]

20150801_180330[1]

Selesai makan2, kita amik gambo sket sebelum balik, TERIMA KASIH tuan rumah, semoga dimurahkan rezeki in shaa Allah. Alhamdulillah rezeki makan sedap2 and mak pun happy dapat bersosial hehe… layankan jek…

Otw balik, borak dalam kereta cakap pasal nak masak esok (Ahad), mak pun apa lagi tanpa segan silu dia bagi menu yang dia nak itu dan ini. Pagi2 cik bangun siapkan sarapan untuk mak, masak jemput2 dan pancake jek lepas tu siap2 nak g beli ikan, sotong udang dan sayur yang dipesan tu. Balik terus lah bersilat bagai kat dapur sebab mak kata dia dah lapar, haissh la mak.. kalau bab makan dia lah no satu. So menu kami, kangkung goreng, sotong masak sambal, ikan bawal stim, paprik ayam dan udang lemon butter. Selera nya makan ala2 makan kat kedai seafood tau…cik paling suka udang goreng butter lemon tu sebab udang besar2… puas hati makan… heheh…

PhotoGrid_1438522472048[1]

Lepas makan2 cik sambung mengemas bilik pulak… semakin banyak brg dalam bilik kecil ku. Mak macam biasa lepas makan dia lepak.. guling2 penat katanya… hehe…  seronok dapat makan2 kat umah kalau lah arwah abah ada mesti seronok.

Sekian untuk awal ogos ni… sampai bertemu lagi…. hargai masa yang ada untuk bahagiakan bonda @ ayahanda masing – masing

Advertisements

Ketika Aku Berhijab

Alhamdulillah… ketenangan juga yang datang… syukur itulah yang aku lafazkan ketika ini. Namun aku sedih melihat kisah silam ku…walaupun itu tetap aku. Hari ini tergerak hati untuk berkongsi pengalaman ketika berhijrah. Acapkali diutarakan… bila nak bertudung??? Cantik kalau awak bertudung??? Awak dah solat… kenapa masih x nak bertudung??? Dengan pelbagai intonasi pertanyaan… ketika itu.. terasa sinis dengan setiap pertanyaan… menunjukkan Gelapnya hati ini… selama ini ku punya ilmu namun Gagal mengamalkan dengan baik… Hijrah bermula dengan niat… di saat hati terdetik untuk berhijab… aku kuatkan.. perkara pertama.. jauhi perkara2 yg melalaikan aku… yg sering mengatakan ala kan masih muda…. Namun mengimbau masa lalu buat aku menangis… betapa aku ingkar pada suruhanNya… dengan bangga aku memperagakan pakaian yg mendedahkan aurat ku.. berhias… memakai gelang kaki berloceng… dgn niat utk berhias… entah kepada siapa aku berhias…. subhanallah… berdosa diri ini… syukur Allah masih menyayangi aku… memberi diriku kesempatan bertaubat…. Tatkala aku mengatur langkah ke alam pekerjaan, aku ghairah ingin menggayakan pelbagai pakaian yang elegant namun aku lupa semua itu hanya permainan dunia… aku mengejar sesuatu yang aku sendiri tidak pasti.. Perpindahan ke beberapa tempat bekerja membentuk diri ini menjadi insan yang lebih baik.. mengenali kakak – kakak yang menjadi sahabat aku bersyukur terutama bila mengenali kak gee..  sayang benar pada dia.. dah anggap macam kakak sendiri. Dia lah tempat aku menangis… ketawa.. berkongsi cerita.. Transisi untuk aku bertudung sudah semakin dekat, berkat doa orang-orang yang menyayangi diri aku.  Pada tanggal 16 Jun 2012  aku sudah mula berhijab.. Alhamdulillah… namun masih ada yang kurang… kurang.. masih terasa kosong… aku terus mencari jawapan… To be continue

PERKARA SUNAT PADA HARI ASYURA

14 perkara yang sunat dilakukan pada Hari Asyura (10 Muharram)

14 December 2010 at 12:05

TAHUN INI ASYURA JATUH PADA 14 NOV 2013 – KHAMIS

1. Melapangkan masa / belanja anak isteri

Fadhilat – Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

2. Memuliakan fakir miskin

Fadhilat – Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.

3. Menahan marah

Fadhilat – Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang ridha.

4. Menunjukkan orang sesat

Fadhilat – Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.

5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim

Fadhilat – Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.

6. Bersedekah

Fadhilat – Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil      sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

7. Memelihara kehormatan diri

Fadhilat – Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

8. Mandi Sunat

Fadhilat – Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu lafaz niat : Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala.

9. Bercelak

Fadhilat – tidak akan sakit mata pada tahun itu.

10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali

Fadhilat – Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.

11. Sembahyang sunat empat rakaat

Fadhilat – Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya.

Lafaz niat : sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala. Pada rakaat pertama dan           kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.

12. Membaca “hasbiallahhu wa nik mal wa kila nikmal maula wa nikmannasiru”

Fadhilat – Tidak mati pada tahun ini.

13. Menjamu orang berbuka puasa

Fadhilat – Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

14. Puasa Niat – Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.

Fadhilat – Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.