Sedih Itu Racun

Sebagai manusia kita sering kali bersedih apabila dihampari oleh kekecewaan. Kadang-kala kita berasa lebih tenang dengan sedih itu. Berada dalam keadaan sedih acapkali membuat kita menagis, rasa kecewa yang menggunung juga pelbagai rasa.

Sedih itu mampu menyakiti jiwa kita yang baik. Setiap perkara yang terjadi pasti ada hikmahnya. Allah itu maha adil lagi maha mengetahui. Andai sedih di dalam hati salurkan dengan zikir kepada Allah. Allah itu maha pemberi dan maha perawat, maka bacalah Al-Quran untuk ubat yang paling mujarab.

Sama-sama kita muhasabah diri.

Mari kita sama – sama saksikan video berikut:

Motivasi Pagi – Dr. Robiah – Sedih Racun Jiwa

 

Menghargai terlebih dahulu

Setiap manusia mahu dihargai oleh setiap manusia yang lain. Namun sedarkah mereka bahawa tindakan itu melibatkan laluan dua hala (two way communication). Jadilah manusia yang suka memberi daripada menerima.

Memandang lautan luas yang sentiasa sedia menerima pelbagai ragam yang datang
Memandang lautan luas yang sentiasa sedia menerima pelbagai ragam yang datang

Pemandangan yang indah membuat diri sedar akan beberapa perkara. Perlunya kita menghargai setiap orang walaupun hanya dengan ucapan terima kasih.

Manusia mudah lupa…teringat akan sajak Tun Mahathir satu ketika dahulu… Kadangkala kita lupa pada mereka yang sentiasa menyokong dan membantu kita. Setelah berjaya, terlupa akan apa yang mereka telah korbankan. Penghargaan itu indah, mereka tidak mengharapkan pulangan wang ringgit… kenali mereka.. fahami mereka… ucapan terima kasih atas segala sumbangan cukup untuk buat seseorang itu terharu.

Pernahkah kita ucapkan terima kasih ibu kerana telah melahirkan saya… terima kasih ayah kerana bekerja keras memberi kesenangan kepada saya… hanya sekadar ucapan penghargaan.. sudahkan kita lakukan…

fikir-fkirkan sahabat… salam…

Me look like Neelofa… Ohoooooo….

Me look like Neelofa... Ohoooooo....

Friend Weddiing and i’m being ask by my friend that i look like one of Malaysian celebrity : Neelofa

Pergi wedding Ari & Wahida,…. bersama2 yang lain laa…. tetiba boleh pulak si adik manis… Zira cakap.. muka cik macam Neelofa….. hurmm…. bahagian mana yang sama tu…

Cik pun curious laa…. mungkin gaya pakai tudung kowt… kalau sama cam Lofa… ada chance laa nak caras dia kan.. since I Minat Hans kowt…. huaaa…. melting laa… hehhe…

 

 

Hujung Minggu Pertama di Dublin, Ireland

Pertemuan yang membawa kepada keserasian dalam persahabatan. Indahkan… kami bertemu tanpa mengenali antara satu sama lain hanya dengan senyuman dan berjabat tangan. Sampai di bumi Dublin kami serasi sahaja. Menginap di Regency Hotel dengan setiap orang mendapat apartment masing – masing.

Regency Hotel, Dublin
Tempat Penginapan Sepanjang 3 Bulan

Minggu Orientasi Di Dublin City University

Ini antara aktivit yang telah dijalankan pada minggu pertama bersama Mary Beth… Kami belajar tentang tarian Ireland.

Kenali personaliti diri…… :-)

Kuiz ini dikatakan cara mengenal personaliti diri cara masyarakat jepun. Tak tahulah betul atau tidak. Tapi setelah mwngikutinya, ada kebetulan juga lah. Jadi jom layan…

Syarat : 1) Baca kelima-lima soalan dengan teliti. 2) Jangan ambil masa yang terlalu lama untuk jawab soalan. Perkara pertama yang terlintas adalah jawapan sebenar. 3) Setelah selesai menjawab, baru boleh meneliti analisis yang diberikan.

Okayy?

Let’s Start !

Soalan 1 : Kamu memiliki sejumlah wang yang banyak & ingin membeli kereta idaman. Tanpa berfikir panjang, kereta yang kamu ingin beli adalah : a) Kenderaan pacuan 4 roda b) Kereta sport c) Jaguar d) Apa sahaja yang boleh membawa kamu ke mana-mana

Soalan 2 : Bayangkan diri kamu seorang penyanyi & baru selesai merakamkan album terbaru. Untuk kulit album, rekaan manakah yang menjadi pilihanmu : a) Pantai yang indah, tenang, berpasir putih & lautan biru terbentang luas b) Karikatur yang lucu & berwana-warni c) Potretmu d) Lukisan abstrak yang tak jelas bentuknya

Soalan 3 : Kamu sedang merenung langit yang terbentang luas & indah. Kemudian pandangan itu dialihkan pada persekitaranmu (tanah tempat berpijak). Apakah yang tergambar dalam bayanganmu ketika itu : a) Permukaan bumi putih diselaputi salji b) Pantai dengan lautan terbetang luas c) Gunung-ganang dengan rimbunan pokok-pokok hijau d) Padang luas yang dipenuhi bunga matahari yang kembang mekar

Soalan 4 : Ketika membaca majalah / surat khabar , bagaimana cara kamu membacanya : a) Membaca mengikut urutan b) Baca dengan melangkau halaman. Memilih artikel kegemaran c) Membelek helaian terlebih dahulu kerana mencari artikel menarik d) Mula membaca dari halaman belakang terus ke hadapan

Soalan 5 : Kamu berada dalam satu pameran lukisan. Tiba-tiba seseorg datang menghampiri & ingin berbual denganmu. Perkataan pertama yang terpacul di bibirmu ketika didekati ialah : a) “Lukisan ini cantik” b) “Apa pendapat kamu tentang lukisan ini?” c) “Maaf, adakah saya menggangu” d) Kenalkn diri , ” saya lah pelukisnya”

JAWAPAN :

Soalan 1 : Cara kamu memilih pasangan a) Memilih berdasarkan naluri sendiri. Bagi kamu, calon yang paling sesuai adalah boleh dipercayai serta boleh menenangkan. b) Kacak/cantik adalah kriteria utama dalam memilih pasangan. Cara begini sering membuatkan kamu sering patah hati dalam hubungan. c) Status sosial & kewangan sangat penting dalam hidup kamu. Dalam memilih pasangan, kamu akan menyelidik latar belakang keluarga dan sebagainya. d) Bersikap terbuka & mampu menerima sesiapa sahaja yang mampu membahagiakan kamu.

Soalan 2 : Menunjukkan personaliti dirimu a) Individu sensetif & prihatin. Namun agak pemalu & sukar ditafsir. Namun hakikatnya mudah didekati. b) Mudah bergaul,peramah & mempunyai ramai teman. Keramahan ada kalanya diragui teman2 & mereka sukar mempercayai dirimu. Kamu gemar membuat orang lain tertawa tapi tidak sama sekali untuk ditertawakan orang lain. c) Individu yang jujur.Namun kejujuran perlu berpada-pada. d) Gemar memperlihatkn bakat kepada umum. Tapi ingat, orang lain juga mempunyai bakat sehebat anda. Cuba berfikiran terbuka & terima pendapat orang lain.

Soalan 3 : Melambangkan kebolehan / kelebihanmu a) Individu sensetif lebih-lebih lagi ketika berhadapan situasi rumit. Berfikiran tajam & sering mengikut kata hati ketika bertindak. b) Bijak menjaga hati sahabat. Individu di sekelilingmu kagum dengan cara kamu berkomunikasi & menyenangi dirimu. c) Dianggap individu yang terlalu memahami org lain. Bersedia membantu sesiapa saja, walau apa jua keadaan. d) Bijak, kreatif, memiliki banyak idea & berpotensi utk terus maju. Nmun jangan smpai mengabaikan perasaan orang lain.

Soalan 4 : Cara mengatur perbelanjaan a) Bijak merangka perbelanjaan, tidak boros & tahu menggunakan wang sebaiknya. b) Boros ! Sikapmu menjadikan kamu sering hidup dalam keadaan terdesak! c) Berhati-hati dalam perbelanjaan hingga ada yang menganggap kamu kedekut kerana membeli barang berkualiti rendah. Mungkin sebab kmu tidak suka berhutang. d) Cara mengatur perbelanjaan tidak rasional! Sekiranya inginkn sesuatu, kamu sanggup berhabisan.

Soalan 5 : Reaksi bila bertemu org baru a) Gemar berkawan & berfikiran positif. Keperibadian disenangi ramai namun ada kalanya kamu agak bimbang org lain tidak dapat menerima kehadiran kamu. b) Sebelum meluahkn isi hati , kmu ingin mendengar pendapat orang lain dahulu. Ada kalanya mudah terpengaruh dengan pendapat orang lain. c) Sering dianggap individu yg sukar didekati oleh mereka di sekelilingmu. Kamu juga agak mementingkan diri dlm melakukan sesuatu perkara. d) Kamu berusaha bersunggh-sungguh agar diri kamu dapat diterima orang lain. Namun usahamu seakan sia-sia kerana individu sekelilingmu seakan tidak gemar sikapmu.

ultimatemindsettoday

A great WordPress.com site

eatdrinkbmary

Just trying to eat good food and do fun things in CNY

ultimatemindsettoday

A great WordPress.com site

Pelaburan Saham

Lets profit run~cut losses short~

GRAYLU

The Augmented Sales Source

joeseeberblog

This WordPress.com site is the cat’s pajamas

Inspirational Quotes | Motivational Blog | Images | Pictures

Quotes For Kids | Success Quotes | Bob Marley Quotes

The Neighborhood

Society online's creative conscious.

juliansherman.net/

Building A Business While Having A Life

Listful Thinking

Listless: Lacking zest or vivacity

From Malaysia to Dublin

The journey of a Malaysian to Dublin

nicedublin

This WordPress.com site is the cat’s pajamas

Life's in Ireland

A great WordPress.com site

Mielin Malaysia

This WordPress.com site is the cat’s pajamas

MeditatedSoul

Zakir's thought in the moment. Meditated Soul - Zakir's blog.

Joy, Lovely Joy

Writing through mothering