Category Archives: Tazkirah

Mari sama-sama kita muhasabah diri untuk menjadi lebih baik dari sehari ke sehari. Menuntut ilmu itu sepanjang hayat, tiada penghujungnya. Jadikan setiap perkara dan pengalaman dalam hidup sebagai ilmu yang mampu membentuk jati diri agar lebih hebat dan cemerlang.

Magnet Jodoh Bagaimana????

Assalamualaikum wbt,

Selesai menonton rakaman Magnet Jodoh bersama Ustazah… subhanallah.. banyak perkongsian yang diberikan.. kepada yang mencari Jodoh, terasa berat Jodoh.. maka kita harus muhsabah diri. Perbanyakan sedekah dan berdoa agar setiap urusan itu dipermudahkan… Sesungguhnya Allah maha mengetahui.

7 tanda dia Jodoh kita:

1) rasa bahagia, seronok
2) boleh bertolak ansur wpun berbeza sikap – Serasi
3) rasa tenang bila bercakap dan melihat mukanya
4) Selalu ada disisi terutama ketika saat diperlukan
5) Rasa selamat
6) Perkenalan / Perkahwinan akan mendekatkan kita dengan Allah.
7) Ketawa dan menangis pun bersama.

Advertisements

Kejadian di Lebuhraya Plus

Cik sedikit trauma.. terkejut… masih terbayang kotak itu terpelanting ke arah kereta kawan cik.

Siapa sangka dalam kami sudah hampir sampai… kejadian yg tidak di ingini berlaku… kesian pada kak Ijad.. sabar ye kak…

image

image

Inilah kotak hitam yang menghentam kereta kak Ijad sehingga remuk dan pecah cerminnya… bole pulak lori mana ntah tercicir bende ni…

image

Ini keadaan cermin… kemalangan berlaku walaupun kita dh berhati2… apa pun bersyukur sebab selamat.. alhamdulillah.. harap kak ijad bersabar.. ada hikmahnya Allah beri dugaan itu..

PERKARA SUNAT PADA HARI ASYURA

14 perkara yang sunat dilakukan pada Hari Asyura (10 Muharram)

14 December 2010 at 12:05

TAHUN INI ASYURA JATUH PADA 14 NOV 2013 – KHAMIS

1. Melapangkan masa / belanja anak isteri

Fadhilat – Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

2. Memuliakan fakir miskin

Fadhilat – Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.

3. Menahan marah

Fadhilat – Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang ridha.

4. Menunjukkan orang sesat

Fadhilat – Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.

5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim

Fadhilat – Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.

6. Bersedekah

Fadhilat – Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil      sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

7. Memelihara kehormatan diri

Fadhilat – Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

8. Mandi Sunat

Fadhilat – Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu lafaz niat : Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala.

9. Bercelak

Fadhilat – tidak akan sakit mata pada tahun itu.

10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali

Fadhilat – Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.

11. Sembahyang sunat empat rakaat

Fadhilat – Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya.

Lafaz niat : sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala. Pada rakaat pertama dan           kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.

12. Membaca “hasbiallahhu wa nik mal wa kila nikmal maula wa nikmannasiru”

Fadhilat – Tidak mati pada tahun ini.

13. Menjamu orang berbuka puasa

Fadhilat – Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

14. Puasa Niat – Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.

Fadhilat – Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

Sedih Itu Racun

Sebagai manusia kita sering kali bersedih apabila dihampari oleh kekecewaan. Kadang-kala kita berasa lebih tenang dengan sedih itu. Berada dalam keadaan sedih acapkali membuat kita menagis, rasa kecewa yang menggunung juga pelbagai rasa.

Sedih itu mampu menyakiti jiwa kita yang baik. Setiap perkara yang terjadi pasti ada hikmahnya. Allah itu maha adil lagi maha mengetahui. Andai sedih di dalam hati salurkan dengan zikir kepada Allah. Allah itu maha pemberi dan maha perawat, maka bacalah Al-Quran untuk ubat yang paling mujarab.

Sama-sama kita muhasabah diri.

Mari kita sama – sama saksikan video berikut:

Motivasi Pagi – Dr. Robiah – Sedih Racun Jiwa