Category Archives: My Journey

Khas untuk mak..

Kesibukan dengan urusan kerja yang datang bertalu – talu menyebabkan lama x update cerita… resepi apa pun kat sini. Maklumlah sejak sihat sikit ni, kembali lasak dengan kerja ofis yang kadang – kadang rasa x mampu nak buat. Kadang dengan bengkel bersama pegawai, lepas tu dengan program bersama pelajar pula, masuk pula program bersama alumni dan semua ni cik memang suka. Maklumlah program keusahawanan yang mana menjadi nadi hidup mahu melahirkan dan membantu seberapa banyak usahawan dan melihat mereka berjaya. Kata orang usaha untuk memupuk dan membentuk anak bangsa menjadi usahawan ni bukan kerja sehari sahaja.

Sekarang ni mak dah duduk dengan cik, maka hari2 sibuk dengan urusan mak. Perlu memastikan beliau ambil ubat mengikot masa dan sukatan, kemudian kene kawal pemakanan dan minuman nya juga (kadang bergaduh juga sbb dia nak juga minum or rasa yang manis2) dan memastikan pergi rawatan dialisis 3x seminggu. Bagi memudahkan urusan, cik minta adik naik teksi jek sebab x sempat nak rushing2 balik since mak dialisis pukul 4 petang kan. Alhamdulillah dan 2 bulan mak duduk sini, walaupun kadang kepenatan, namu rasa tenang sikit hati ni sbb mak depan mata. Seronok bila pegi kerja, dapat salam mak and  cium pipi mak macam masa dulu2 nak g sekolah. Syukur, kerana Allah pilih diri ini untuk menjaga mak di hari tuanya.

Hargai jasa ibu1902903_623197021106853_496652351_n

So aktiviti awal Ogos ni adalah pergi open house dan main masak – masak kat umah. Since mak nak sangat ikut pergi open house, cik bawak jek pegi umah kawan kat Seri Kembangan tu. Amboi!!! selera dia bukan main sebab mak kawan tu hebat memasak, ada kateringnya sendiri tapi cik lupa pula nama nya.. memang terbaik lah masakan beliau. Cik sendiri makan ulang 2 kali especially mee kari and laksa penang tu… awesome.

20150801_175805[1]

20150801_180330[1]

Selesai makan2, kita amik gambo sket sebelum balik, TERIMA KASIH tuan rumah, semoga dimurahkan rezeki in shaa Allah. Alhamdulillah rezeki makan sedap2 and mak pun happy dapat bersosial hehe… layankan jek…

Otw balik, borak dalam kereta cakap pasal nak masak esok (Ahad), mak pun apa lagi tanpa segan silu dia bagi menu yang dia nak itu dan ini. Pagi2 cik bangun siapkan sarapan untuk mak, masak jemput2 dan pancake jek lepas tu siap2 nak g beli ikan, sotong udang dan sayur yang dipesan tu. Balik terus lah bersilat bagai kat dapur sebab mak kata dia dah lapar, haissh la mak.. kalau bab makan dia lah no satu. So menu kami, kangkung goreng, sotong masak sambal, ikan bawal stim, paprik ayam dan udang lemon butter. Selera nya makan ala2 makan kat kedai seafood tau…cik paling suka udang goreng butter lemon tu sebab udang besar2… puas hati makan… heheh…

PhotoGrid_1438522472048[1]

Lepas makan2 cik sambung mengemas bilik pulak… semakin banyak brg dalam bilik kecil ku. Mak macam biasa lepas makan dia lepak.. guling2 penat katanya… hehe…  seronok dapat makan2 kat umah kalau lah arwah abah ada mesti seronok.

Sekian untuk awal ogos ni… sampai bertemu lagi…. hargai masa yang ada untuk bahagiakan bonda @ ayahanda masing – masing

Advertisements

Ku tersenyum…

Salam Aidilfitri pada semua…

Kesibukan dengan pelbagai urusan menyebabkan jarang update.. resepi or story.. Alhamdulillah.. selesai melaksanakan ramadhan pada tahun ini bersama mak dan adik yang kini duduk dengan cik.

Semampu dan sedaya sediakan apa yang termampu buat mereka agar selesa. Syukur Allah berikan peluang untuk terus berbakti pada mak saat beliau perlukan tongkat dalam hidupnya. Terkadang cik rasa terbeban.. rasa sukar dalam melayani segala kerenah beliau.. maklumlah orang tua yang sakit… mereka ni manja..kadang mahu dilayan seperti anak kecil. Bila terasa begitu… cik senyum.. buang jauh2 keluh kesah itu. Biarpun hati ini terasa.. berkecil hati.. pendamkan juga segala rasa itu. Lemparkan senyuman… sahaja.. walaupun kelat.

Indah sebuah senyuman mampu memberi kebahagiaan kepada insan lain.. alhamdulillah. Sejak kebelakangan ini….cik dah macam tulang belakang family.. segala urusan cik bantu..adik yg excident cik uruskan.. mak pun cik uruskan.. urusan nak raya pun sama.. sedaya dan semampu cuba buat yang terbaik. Namun cik tetap manusia biasa… menagis.. sendirian menahan kesakitan daripada org lain. Kerana tahu kene selesaikan semuanya.

Disaat menjaga kebajikan orang lain.. teralpa akan diri sendiri yang punya kelemahan. Bertahan dalam senyuman.. melayan tetamu demi tetamu.. walhal kesakitan ditanggung hanya diri yang tahu. Biarlah.. kita harus memuliakan tetamu.. terasa bahagia melihat org bahagia.. tersenyum…

Cik undur diri dulu.. migrane lagi malam ini… nanti continue story hari raya…

Maaf zahir batin..

image

image

image

image

image

image

image

Kerja tetap kerja….

Assalamualaikum,

Cik rasa ada sedikit kelapangan setelah sibuk dilapangan selama beberapa minggu. Maklumlah ada banyak program kebelakangan ini. Sejak awal Mei 2015 sudah asyik ke sana dan ke sini. Kesibukan juga membuatkan diri ini terleka sebenarnya masih sakit, masih perlukan rawatan dan rehat. Beginilah diri ini, terlalu fokus pada kerja sehingga lupa kesihatan.

Namun, semangat yang tinggi luntur begitu saja dengan kata – kata daripada orang atasan yang dengan mudah melemparkan fitnah. Cik yang bertugas di luar, di katanya pergi bersiar – siar. Kecewa sesungguhnya hati ini apa bila kita ikhlas sehingga lupa akan appoinment untuk rawatan susulan tapi dibalas dengan fitnah begini. Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada tuan, semoga Allah jua yang balas segalanya. Di mata tuan mungkin hanya beberapa pegawai yang nampak menjalankan tugas dan saya dikalangan yang tuan rasa hanya membuang masa. Terima kasih atas tunjuk ajar ini, dan saya tidak berminat menjadi pegawai yang bermuka – muka.

Sepanjang hampir setahun berada di tempat baru, pelbagai ragam manusia cik tengok. Namun terlalu banyak kepura-puraan sehingga cik sendiri lemas dan muak dengan kerenah manusia begini. Niat kini hanya ingin menjalankan tugas sehabis baik dan membantu anak bangsa. Prinsip cik bekerja bukan untuk memuaskan hati orang atasan sahaja.

Suatu perkara yang perlu disedari, andai hari ini tuan berada diatas ingat bukan selamanya di atas, begitu juga sebaliknya. Hari ini siapa di atas dia memimpin, maka pimpinlah dengan jujur dan amanah. Jangan ada keculasan dalam menjalankan tugas.

Bekerja hanya kerana Allah.  In shaa Allah..

perubahan

Kesakitan yang tiada terduga…. Slip disc mengundang derita

Hampir 2 bulan berlalu, namun kejadian Dis 2014 amat menyeramkan dan menjadi mimpi ngeri. Kejadian bermula apabila hilang upaya berdiri sementara dikala kesakitan melanda. 29 hb terduduk di office tanpa upaya dan dengan bantuan rakan yang ikhlas membantu. Terima kasih semua.

Saat terduduk dan tidak mampu untuk berdiri ketika itu gugur air mata menahan sakit teramat sangat ketika mencuba untuk berdiri. Hampir seminggu sebelum itu, sudah terasa sakit namun diri yang sudah biasa dengan kelasakan mengambil mudah perkara tersebut. Perkara yang biasa berlaku dikala kita mengabaikan dan terlupa akan kesihatan diri.

Slip disc sering dianggan remeh oleh orang yang tidak melaluinya, hakikatnya kesakitan yang dirasa hanya Allah jua yang memahaminya. Bermula dengan kesakitan dari pinggan ke bawah… dan berbalas dari pinggan ke atas pula. Syukur masih mampu berdiri lagi, menggerakan kaki dan melihat dunia ini.

Semasa di Nilai Medical Centre di rawat oleh Dr Shahidan dengan pengalaman beliau… diberikan ubat tahan sakit… dengan rawatan fisio sehingga dah tiada daya bertahan… dr cadangkan ambil epidural steroid untuk sementara.

Selepas beberapa hari, masih bertahan namun… makin sakit discharge pun bertahan dengan ubat dan fisio. Next rawatan yang dicuba adalah fisiofrequency . Rawatan yang diperkenalkan oleh kawan dan bertemu dengan Dr Nizar. Sangat mudah berurusan dengan beliau. Alhamdulillah almost 75% sihat… masih bersisa lagi kesakitan.

 

Kala memerlukan.. perlu ke…???

Hati perempuankan… lemah.. lembut… betul ke..??? Mungkin… saat dia mula sayang seseorang… dia mula mahukan perhatian… namun.. adakah org itu memahami… sejauh mana dia faham dan ingin memahami…

Perkara yang setiap wanita mahu… adalah perhatian… terutama bila sakit.. dan lemah… amat2 memerlukan dia di sisi… kecil hati apa bila terbiar sendiri…

Malam sepi… sunyi seperti hati ini… tiada gendang berbunyi… rasa terluka memakan diri… biarlah dia sendiri.. mungkin belum sedia lagi…

Adakah aku perlu undur diri…
Membawa jauh ke hujung negeri..
Kecewa dibiar sendiri..
Hati terluka disakiti…

Warung Bunian… creepy…grrrr

Alright.. today lunch dekat sau tpt ni area sg merab… nama dia Warung Bunian… wow!!!!! Seram jekr.. tptnya pun cm kt dlm perkampungan…

Konsep ala2 kg…makan berhidang.. sebelum datang kene booking dlu… rare sgt kn… the food taste good… macam makan kt kg..

As my 1st try.. i give it 5 star laa siap i tambah nasi lagi ok… delicious.. x sempat nk amik gambar sbb hujan… so makan2 laa.. sempat capture pic ni jekr…

image

image

Selamat menjamu selera… sedap… !!!!

Majlis Aqiqah Anaqi

23 hb 2014 bertempat di rumah nenek Anaqi kt Meru… cik sampai agak lwt dgn H2 ++ kami sesat cari jalan bagai.. hehe.. apa pun berjaya sampai around 4 pm mcm tu…

image

Anaqi pun dh sleepy kot masa tu.. sempat shot pic ngn dia..

image

Seè.. he want t0 sleep laaa aunty ni lewat sgt… so cute laaa… tomei nyeee suka dia… hehe…

Also snap pic hana ngn anaqi…

image

Dah ada ciro2 ibu tu hana… cepat… heeee

After all makanan super sedap dgn satay… soto.. nasi impit.. n manisan.. x der pic sbb dh lapo sgt…

As usual.. when friends meet up… pic laa kami ni mmg suka… bergambo sakan laa…

image

Cepat masa berlalu.. ketika kenal dlu semua nakal2 macam kanak2 riang… dr bujang.. menjadi isteri org.. kini dah jadi emak org… semoga persahabatan kita kekal hendaknya.. Ya Allah… kekalkan persahabatan kami dunia akhirat.. sayang kamu semua..

Baju Batik Punya Cerita

Hye there!!!! Hari nie nak share pasal cik pakai baju batik… maklumlah… x ada koleksi baju batik.. nasib baik sebelum pindah arintu.. selak2 almari mak… she have a lots of baju batik…

Namun, saiz x sama… ruginyaaaa selak punya selak.. dapat laaa 2 pasang yg just nice with me.. walaupun gelebeh sket… jimat laaa lg pun seminggu sekali jerk pakai… kan…

Ini salah satu bajunya… warna hitam.. kain cik tukar pakai skirt kembang laaa itu sendiri punya.. mix & match …

image

image

Sempat lagi selfie tau.. utk tunjuk baju ni… longgar laaa dengan lengan senteng lagi.. fesyen wooo hehe… TQ mak.. love u banyak2…

1st day….

Alhamdulillah… everything good and me being so happy. Eventho 1st day dh kene msk meeting dgn boss…

So far my office mate semua good2… mesra.. and td celebrate for hari raya.. happening.. simple and just nice.. when we are around with a good person… they will share their joy with us….

image

This is me… at my new place… new table.. new office… new spirit… and all new…

image

Where our boss sitting and talking with his visitor.. they are busy eating.. me.. fasting.. so taking picture only… kiki..

image

Here we re.. our unit… in shaa Allah.. next time i will bring good food for all of u…nice to know all…