Kebenaran yang sebenar

Sering kali terasa akan tingkahnya… di kala

Advertisements

Trauma!!!!

Assalamualaikum….

Setiap insan mempunyai jalan cerita dan pengalaman masing – masing. Ada yang mempunyai cerita – cerita bahagia.. suka dan duka… Namun setiap pengalaman berbeza menjadikan kita semua sebagai pelengkap satu sama lain.

Ketenangan kini diperolehi dengan menempuhi kedukaan lalu dengan berhemah. Acapkali kita dinasihatkan agar tabah… kuat dalam menepuhi setiap pancaroba namun mudah melafazkan yang melaksanakan terasa seperti beban. Setiap kejadian punya hikmahnya yang telah  Allah tetapkan. Suatu masa dulu diri ini rasa kecewa dengan keputusan yang telah diambil dan ternyata silap dalam percaturan.

Manusia mampu merancang namun Allah jua yang terbaik dalam rencananya. Kehidupan seperti roda yang berputar, kadang berada diatas… kadang berada dibawah.  Dugaan yang pelbagai membentuk diri ini menjadi lebih matang dalam berfikir dan membuat keputusan dan lebih tenang.

Kini mampu tersenyum melihat keliling dan memerhati gelagat manusia. Sejauh mana mereka bisa melangkah… menempuh segalanya…

Isu trauma kembali hadir diminda… semalam ketika memandu ke Kota Warisan… dalam keadaan yang agak slow dgn kelajuan 20km/jam memberi ruang kepada ku untuk berfikir. Pelbagai perkara bermain di minda hadir pula beberapa perkara. Entahlah bagaimana perlu diutarakan. Trauma akan kejadian lalu, pengalaman yang melukakan hati akhirnya membawa diri.

Mengenali seseorang kelihatan mudah namun memberi kepercayaan kepadanya belum tentu. Ketika ini, punya ruang dan waktu untuk berfikir keputusan yang terbaik. Sepakat dalam berkata adakah pasti tetapnya bersama. Macam – macam perkara bermain di minda.. terasa juga seperti ingin mengundur diri. Kadang terasa ketakutan sejarah lama. Mampukah aku tempuhinya… bagaimana bisa aku atasi trauma itu… aku takut akan kegagalan… dan penat dalam memberi kepercayaan… bagaimana kesudahannya…