Warung Bunian… creepy…grrrr

Alright.. today lunch dekat sau tpt ni area sg merab… nama dia Warung Bunian… wow!!!!! Seram jekr.. tptnya pun cm kt dlm perkampungan…

Konsep ala2 kg…makan berhidang.. sebelum datang kene booking dlu… rare sgt kn… the food taste good… macam makan kt kg..

As my 1st try.. i give it 5 star laa siap i tambah nasi lagi ok… delicious.. x sempat nk amik gambar sbb hujan… so makan2 laa.. sempat capture pic ni jekr…

image

image

Selamat menjamu selera… sedap… !!!!

Kelas IDEA SAHAM Johor Bahru dan Shah Alam

great…

Pelaburan Saham

10271265_1656887827870516_2291616382284086287_o

 

Alhamdulillah..

Bengkel Idea Saham di Kuala Terengganu berjalan dengan lancar dan sambutan yang hebat! Orang ganu memang awesome. Kelas di Kuala Terengganu memberi kesan hebat kepada saya secara individu kerana malam selepas kelas, kami di jemput makan malam di rumah salah seorang peserta, mengetahui bahawa kami tidak berniat untuk membuat kelas yang lagi selepas tour 1, beliau memberi nasihat secara berulang-ulang kali ‘JANGAN BERHENTI BUAT KELAS…masih ramai yang memerlukan pertolongan kamu..’. Saya tersentuh dengan kata-kata semangat beliau…terima kasih Tuan. Kami tidak akan patah semangat untuk membantu mereka yang memerlukan pertolongan kami yang tidak seberapa ini.

Bercerita mengenai kelas saham, 2 minggu ini saya di datangi oleh 2 orang muslimah hebat yang tidak jemur mencari ilmu. Perjumpaan pagi itu agak mengejutkan saya kerana mereka telah menghadiri kelas yang berharga ribuan ringgit tetapi tidak boleh membaca chart yang langsung! Jadi saya ingin pastikan sesiapa yang menghadiri kelas Idea Saham yang pasti…

View original post 204 more words

Trust on me!!!!

Oh my…. sekian lama x baking.. skill masih ok… hehe… hari ni siapkan 25 biji mini pavlova untuk di bawa ke office… saja belanja kawan2…

Actually simple jerk nak buat… let me share the resepi… but gambar step by step x sempat snap…

The making of Mini Pavlova..

4 biji telur (putih telur shj)
200gm gula castor
1/2 sudu kecil cuka masakan
1 sudu kecil vanila
1 sudu kecil tepung jagung

Step 1
Pukul telur putih sehingga kembang (berbuih dan fluffy). Pada kelajuan max

Step 2
Masukan gula sedikit demi sedikit sehingga habis. Pukul dgn laju sehingga jadi maringue dimana adunan sudah jadi berkilat dn gula telah hancur semua.
** boleh cuba terbalik kan bekas utk pastikan jd adunan tu.. dan bila di tarik bertanduk.

Step 3
Masih putar masukan cuka.. dan terus putar sekejap.. and berhenti.

Step 4
Masukan vanila dan tpg jgg dh gaul perlahan gunakan spatula.

Siap dan sedia di bakar.

Bakar pada suhu 170c selama 60 min.

Selamat mencuba…!!!!!

Hasilnya akan jadi begini…

image

image

image

image

Majlis Aqiqah Anaqi

23 hb 2014 bertempat di rumah nenek Anaqi kt Meru… cik sampai agak lwt dgn H2 ++ kami sesat cari jalan bagai.. hehe.. apa pun berjaya sampai around 4 pm mcm tu…

image

Anaqi pun dh sleepy kot masa tu.. sempat shot pic ngn dia..

image

Seè.. he want t0 sleep laaa aunty ni lewat sgt… so cute laaa… tomei nyeee suka dia… hehe…

Also snap pic hana ngn anaqi…

image

Dah ada ciro2 ibu tu hana… cepat… heeee

After all makanan super sedap dgn satay… soto.. nasi impit.. n manisan.. x der pic sbb dh lapo sgt…

As usual.. when friends meet up… pic laa kami ni mmg suka… bergambo sakan laa…

image

Cepat masa berlalu.. ketika kenal dlu semua nakal2 macam kanak2 riang… dr bujang.. menjadi isteri org.. kini dah jadi emak org… semoga persahabatan kita kekal hendaknya.. Ya Allah… kekalkan persahabatan kami dunia akhirat.. sayang kamu semua..

Baju Batik Punya Cerita

Hye there!!!! Hari nie nak share pasal cik pakai baju batik… maklumlah… x ada koleksi baju batik.. nasib baik sebelum pindah arintu.. selak2 almari mak… she have a lots of baju batik…

Namun, saiz x sama… ruginyaaaa selak punya selak.. dapat laaa 2 pasang yg just nice with me.. walaupun gelebeh sket… jimat laaa lg pun seminggu sekali jerk pakai… kan…

Ini salah satu bajunya… warna hitam.. kain cik tukar pakai skirt kembang laaa itu sendiri punya.. mix & match …

image

image

Sempat lagi selfie tau.. utk tunjuk baju ni… longgar laaa dengan lengan senteng lagi.. fesyen wooo hehe… TQ mak.. love u banyak2…

Menu diet..

Di kala musim perayaan hampir ke penghujung… cik risau akan berat yg rasa2 cm naik berkilo2… nasib timbang x bawak dtg sini… mana x nye.. makan x sudah2…

So… decide to choose my diet menu… hee.. simple jerk… since now love salad… include in all menu..

image

Ini td punya menu… satay ayam n daging plus salad…

image

Ini.. salad + telur grg + sosej grill… awesome.. fresh..

image

Ini nugget tempura salad n telur.. nyum….

image

Ini kene lari sket laa… dh 2 hari rest sbb bdn2 suma sakit.. huu.. umur dah lanjut… x leh nak push2…. slowly… to get back the stamina… yeaaa!!!! I can do it…. i can… i can !!!!!

1st day….

Alhamdulillah… everything good and me being so happy. Eventho 1st day dh kene msk meeting dgn boss…

So far my office mate semua good2… mesra.. and td celebrate for hari raya.. happening.. simple and just nice.. when we are around with a good person… they will share their joy with us….

image

This is me… at my new place… new table.. new office… new spirit… and all new…

image

Where our boss sitting and talking with his visitor.. they are busy eating.. me.. fasting.. so taking picture only… kiki..

image

Here we re.. our unit… in shaa Allah.. next time i will bring good food for all of u…nice to know all…

Ketika Aku Berhijab

Alhamdulillah… ketenangan juga yang datang… syukur itulah yang aku lafazkan ketika ini. Namun aku sedih melihat kisah silam ku…walaupun itu tetap aku. Hari ini tergerak hati untuk berkongsi pengalaman ketika berhijrah. Acapkali diutarakan… bila nak bertudung??? Cantik kalau awak bertudung??? Awak dah solat… kenapa masih x nak bertudung??? Dengan pelbagai intonasi pertanyaan… ketika itu.. terasa sinis dengan setiap pertanyaan… menunjukkan Gelapnya hati ini… selama ini ku punya ilmu namun Gagal mengamalkan dengan baik… Hijrah bermula dengan niat… di saat hati terdetik untuk berhijab… aku kuatkan.. perkara pertama.. jauhi perkara2 yg melalaikan aku… yg sering mengatakan ala kan masih muda…. Namun mengimbau masa lalu buat aku menangis… betapa aku ingkar pada suruhanNya… dengan bangga aku memperagakan pakaian yg mendedahkan aurat ku.. berhias… memakai gelang kaki berloceng… dgn niat utk berhias… entah kepada siapa aku berhias…. subhanallah… berdosa diri ini… syukur Allah masih menyayangi aku… memberi diriku kesempatan bertaubat…. Tatkala aku mengatur langkah ke alam pekerjaan, aku ghairah ingin menggayakan pelbagai pakaian yang elegant namun aku lupa semua itu hanya permainan dunia… aku mengejar sesuatu yang aku sendiri tidak pasti.. Perpindahan ke beberapa tempat bekerja membentuk diri ini menjadi insan yang lebih baik.. mengenali kakak – kakak yang menjadi sahabat aku bersyukur terutama bila mengenali kak gee..  sayang benar pada dia.. dah anggap macam kakak sendiri. Dia lah tempat aku menangis… ketawa.. berkongsi cerita.. Transisi untuk aku bertudung sudah semakin dekat, berkat doa orang-orang yang menyayangi diri aku.  Pada tanggal 16 Jun 2012  aku sudah mula berhijab.. Alhamdulillah… namun masih ada yang kurang… kurang.. masih terasa kosong… aku terus mencari jawapan… To be continue

Friendship Growing….

Geng melepak...jalan2..
Geng melepak… jalan2.. & makan2

 

Pertemuan bersama sahabat.- sahabat yang hebat… KIPA 2014 Kohort 2..

 

Masa merungkai kata

Pertemuan membuka bicara

Persahabatan telah bermula

Semoga kekal sentiasa

 

Berkata -kata riuh bunyinya

Baik sungguh budi bicara

Paling matang antara kita

Pastilah Kak Aida orangnya.

 

Sentiasa senyum manis orangnya

Kurus dan ramping keadaanya

Lemah lembut itu caranya

Mel juga orangnya

 

Banyak penglaman dalam hidupnya

Suka berkongsi dalam berbicara

Suka menyakat geram rasanya

Abg Shahman itu orangnya.

 

Tinggi lampai itulah dia

Sentiasa manis dengan senyumannya

Kulit putih jeles rasanya

En Husainilah orangnya

 

Sahabat ini baik hatinya

Hitam manis kulitnya

Banyak pengalaman dalam hidupnya

Abg Shuiblah si jejaka.

 

Hati suka juga gembira

Mengenali mereka berkongsi cerita

Hebat mereka tetap di mata

Semoga persahabatan kekal sentiasa.

 Nukilan : Cik Cery (UUM, 3.45petang 6 Ogos)

 

 

 

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image