Magnet Jodoh Bagaimana????

Assalamualaikum wbt,

Selesai menonton rakaman Magnet Jodoh bersama Ustazah… subhanallah.. banyak perkongsian yang diberikan.. kepada yang mencari Jodoh, terasa berat Jodoh.. maka kita harus muhsabah diri. Perbanyakan sedekah dan berdoa agar setiap urusan itu dipermudahkan… Sesungguhnya Allah maha mengetahui.

7 tanda dia Jodoh kita:

1) rasa bahagia, seronok
2) boleh bertolak ansur wpun berbeza sikap – Serasi
3) rasa tenang bila bercakap dan melihat mukanya
4) Selalu ada disisi terutama ketika saat diperlukan
5) Rasa selamat
6) Perkenalan / Perkahwinan akan mendekatkan kita dengan Allah.
7) Ketawa dan menangis pun bersama.

Cinta Hatiku….

Berbicara tentang mereka…………

Bergetar rasa hati,

Bersama kamu hari – hari,

Cinta ku kini berseri,

Dengan kehadiranmu di sisi.

Bicara bagai riuh bunyinya

Lurus berkata dalam berbicara

Rambut kembang itu orangnya

Handphone sentiasa bersama dia

Kiddos
Kiddos

Handsome rupa parasmu

Manis setiap senyummu

Suka mengembangkan hidungmu

Bermain komputer no satu

Sensitif orangnya mudah terasa

Kesayanganku sentiasa

Hobinya membaca terus membaca

Sudah pasti anak ketiga

Keletahnya berbagai ragam hendaknya

Pandai bergaya sicilik muda

Kuat cemburu itulah dia

Sekali tengok ku jatuh cinta.

Nukilan: cik cery

 

 

Sesungguhnya bersyukur kerana dikelilingi oleh insan yang sentiasa menghargai aku… siapa sangka sepanjang 2 tahun di Ledang memberi aku kesempatan untuk merapatkan silaturrahim bersama keluargaku. Mengenali mereka, berkongsi kasih sayang dan sentiasa ada bersama – sama. Anak – anak indah ini mempunya seorang Umi yang penyayang namun tetap tegas dalam mendidik anak – anak. Sesungguhnya cik bertuah…. ada mereka sentiasa di sisi.

Dalam cik rasa bahagia untuk berpindah, hati masih merasa akan berjauhan dari mereka… mampukah aku…. bagaimanakah keadaannya kelak…. Pasti akan RINDU sangat pada keletah anak2 ini.

Ready cheeese......
Ready cheeese……